Sahabat Ar Rahnu
Sahabat Ar Rahnu
Nama asal kami adalah Ar-Rahnu Biro Gadaian. Kami berubah nama kepada Sahabat Ar-Rahnu di bawah Koop Sahabat untuk memperkukuh identiti dan imej korporat. Fokus utama kami adalah pembiayaan mikro patuh syariah menggunakan sistem gadaian emas.
Sejarah Kami
Mendapat kelulusan untuk menjalankan Aktiviti Ar Rahnu di dalam Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
Mendapat kelulusan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Kali Ke 3, Bil 2/2013, Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad untuk cadangan membeli dan menjalankan operasi pajak gadai Ar Rahnu di Pasir Tumboh dengan angggaran jumlah modal sebanyak RM5 juta.
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk memutuskan pelantikan franchaisor untuk Ar Rahnu.
Penubuhan Cawangan Pertama iaitu Arrahnu Biro Gadaian Pasir Tumboh.
Pajak Gadai Islam
Cawangan pertama kami dibuka di Pasir Tumboh, Kelantan; Sahabat Ar-Rahnu Pasir Tumboh. Cawangan ini adalah perintis dan permulaan kepada pengembangan rangkaian Sahabat Ar Rahnu di seluruh negara sebagai Pajak Gadai Islam & One Stop Centre urusan Keanggotaan.
Tentang Kami
Sahabat Ar-Rahnu dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengikut perundangan Akta Koperasi 1993. Kami sentiasa mematuhi panduan SKM dan prinsip syariah dalam setiap transaksi dan operasi gadaian emas.
Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, mengoptimumkan kefahaman serta kemahiran warga kerja, dan melaksanakan strategi pemasaran kos rendah berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi gadaian emas.
“Towards Customer Service Excellence”